Susu Fernleaf UHT Memang 100% Mmmmm, Sedap Lagi Berkhasiat

October 8, 2018
100% Mmmmm


Enaknya minum susu Fernleaf ni! Untuk orang macam Fatina yang sangat susah nak minum susu ni pun boleh terjatuh cinta tau dengan kelazatan susu dari Fernleaf. Tapi buat masa sekaran ni susu coklat Fernleaf lah menjadi kegemaran kerana Fatina tidak minum susu putih hehe mungkin di masa hadapan nanti Fatina akan cuba minum susu putih pulak hihi

Okay, berbalik kepada susu Fernleaf. Apa yang menyebabkan susu Fernleaf ni 100% Mmmmm?

Jom, Fatina kongsi dengan korang semua!


dari new zealand



Susu Fernleaf ini berasal dari negara New Zealand tau. New Zealand merupakan negara yang berada di top wishlist Fatina untuk melawat. Ini kerana, Fatina baca mendengar cerita dari rakan-rakan Fatina yang pernah menjejakkan kaki kesana mengatakan New Zealand adalah negara yang sangat indah serta nyaman. Jealous bila dengarnya tau tapi tak pe, Insha Allah satu hari nanti akan ku jejakkan kaki ku kesana. 💪

Kembali semula ke susu Fernleaf UHT ini ye. Apabila disebut susu Fernleaf UHT ini berasal dari negara New Zealand mesti korang nak tau tentang lembu tenusu dari sana kan?

Dengan kepakaran lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu serta peladang yang berdedikasi tinggi menjadikan mereka pakar dalam mengeluarkan susu yang berkualiti tinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu sehinggalah ke peringkat menyediakan produk untuk diedarkan kepada para pengguna.

new zealand, lembu tenusu


Di negara New Zealand ini mempunyai tanah yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadi ianya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk dihasilkan susu dan rumput-rumput disitu sangat berkualiti tinggi dan terbaik.

Oleh itu, ianya menjadikan New Zealand sebagai salah satu negara yang lembu tenusunya dapat meragut rumput dengan gembira dan penuh kebebasan. Ye, lembu-lembu tenusu tidak dikurung dalam kandang. Lembu tenusu ini semua dapat menghasilkan susu yang berkhasiat lagi berkualiti tinggi untuk kita semua nikmatinya. Wahhh!

Lembu-lembu tenusu ini meluangkan 90% masa mereka untuk meragut rumput di padang secara bebas pada hari yang cerah. Haa, sebab itu lah susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi, vitamin dan juga, vitamin D. Nampak tak betapa bagusnya susu Fernleaf ni. 👍

Dengan adanya rumput yang berkualiti, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu secara semulajadi yang penuh dengan khasiat dan vitamin tanpa menggunakan sebarang bentuk penggalak susu.

Kesimpulannya, 100% susu Fernleaf ini dari New Zealand yang penuh dengan rasa lazat dan berkhasiat tinggi menjadi pilihan kami sekeluarga kini. Memang benar, susu Fernleaf 100% Mmmmm! Korang semua dah cuba? Kalau belum, tunggu apa lagi! 😊

fatina mudz
Muka menikmati susu coklat Fernleaf yang sedap sangat ni! hehe

No comments:

@theinfinity_words