Brokoli Scalp Booster 2 in 1 Imaan World

August 25, 2018
produk review


Keguguran rambut adalah satu masalah yang Fatina dan jugak adik-adik seringkali hadapi. Bila Mama masuk bilik yang dikongsi bersama dengan adik Fatina je mesti mama akan tegur, 'Banyaknya rambut dekat atas lantai ni. Siapa punya rambut ni?'. Mampu tersengih jelah selalunya sebab walaupun pagi tuh dah sapu takpun vacuum bila sikat rambut ada jela 2-3 helai rambut akan gugur. Adoi. Sedih rasa hati tengok rambut yang gugur atas lantai tu. Selain gugur rambut, kegatalan kulit kepala pun salah satu faktor yang Fatina alami. Lagi-lagi lepas kena buat kerja dekat luar berpeluh pasti akan mula rasa kegatalannya.

Untuk itu, Fatina akan cuba pelbagai ikhtiar untuk mengurangkan masalah yang seperti Fatina kongsi tadi. Walauapapun, usaha dan ikhtiar itu penting untuk cuba menyelesaikan masalah, kan kan. hehe Jadinya, bila ternampak satu produk daripada Imaan World yang membantu untuk kurangkan masalah yang Fatina hadapi ni memang tak tunggu lagi, terus nak cuba! 

Jom, Fatina kongsi dengan korang ye.

Brokoli Scalp Booster 2 in 1


Brokoli Scalp Booster ini seperti yang dinyatakan ianya berfungsi dalam membantu menyelamatkan masalah rambut gugur! Ianya merupakan serum yang menggunakan bahan dari Beet Root Extract, Jojoba Oil, dan Argan Oil. Penggunaan serum ini membantu dalam menguatkan akar rambut kita ni tau. Haa menarikkan? Selain itu, Brokoli Scalp Booster ini memulihkan kulit kepala yang rosak, dan menyihatkan rambut.

imaan world


Fungsi Brokoli Scalp Booster ini juga membuang segala sel kulit yang mati atau kelumumur dan kudis di kepala kita serta membersihkan dan dapat melindungi kulit kepala kita tau. 

Sebelum itu Fatina ada nyatakan 2 in 1 kan? Selain serum untuk disapukan dikepala, produk Brokoli Scalp Booster ini juga ada MASSAGER tau! Cool gilakan? Dengan menggunakan kuasa bateri, kita cuma perlu on kan sahaja dan urutlah perlahan-lahan di sekitar kepala kita. Boleh rasa tau gegaran kuasa daripada Massager dia ni. Rasa syok bila dia dok bergegar dekat kepala hehe

Yang paling penting disini, ianya diluluskan oleh KKM.Katanya berkesan seawal dua minggu tapi diingatkan kepada anda semua tindak balas daripada Scalp Booster ini adalah berbeza-beza untuk setiap individu. Haa gitu. Bila guna Scalp Booster ini jugak memang tak melekit atau pun berminyak bila letak dikepala kita.

My Thoughts


→ Pendapat Fatina tentang produk Brokoli Scalp Booster ini boleh nampak perubahannya lebih lagi dari segi kegatalan pada kulit kepala. Sudah mula berkurangan berbanding sebelum ini. Gembira rasa hati terus bagi keluarga Fatina untuk cuba juga. Untuk pengetahuan anda semua juga, Fatina sudah menggunakan produk ini seminggu sudah. So far, Fatina selesa menggunakannya.

Sebelum tuh , jom tengok video Fatina 😄



Jadi bagi anda yang ada masalah keguguran rambut, gatal kulit kepala, kelemumur, kepala makin botak mungkin anda boleh mencuba produk Brokoli Scalp Booster 2 in 1 ini. 

Untuk maklumat lanjut tentang Brokoli Scalp Booster ini, anda boleh ke laman web dibawah ini;

No comments:

@theinfinity_words