Resepi | Butter Chicken

May 21, 2018
Heeellooo korang semua,

food


Haa, harini Fatina nak share resepi yang mudah untuk dimasak serta yang pastinya lazat. Gitu kau. Jangan marah ye Fatina post gambar makanan dalam bulan puasa ni, bukan apa mesti korang semua tercari-cari idea nak masak apa kan untuk bulan puasa ni. Jadi, sebab tuh lah Fatin nak share resepi ni.

Resepi yang Fatina nak kongsi ni bukan sahaja kita yang dewasa suka makan, anaka-anak kecil pun suka makan sebab ianya tak pedas langsung and senang untuk di masak. Okaylah dok cot cet cot cet, nama resepi pun tak kongsi lagikan. Jadi, nama resepinya adalah;

BUTTER CHICKEN

Pasti korang pernah rasa Butter Chicken, kan kan kan..Walaupun mungkin banyak dah terjumpa dekat Google resepi ni tapi takpe Fatina kongsi kan cara Fatina haa. Gitu. Hah, mana tau korang teringin nak masak sendiri dekat rumah, jadi, Fatina harini nak kongsi dengan korang resepi: Butter Chicken. Jom!

Bahan A

Isi Ayam / Boneless chicken
2 sudu besar Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
2 sudu besar Serbuk Kari
1 biji Telur

Bahan B

Bawang Putih - 3 ulas
Bawang Besar Kuning - setengah ulas
Daun Kari
Butter - 3 sudu
Susu Cair - 1 1/2 sudu
Gula
Garam

food


Cara Masak Ayam

1. Untuk ayam ni mudah je. Potong ayam ke medium size (atau ikut pada citarasa anda nak size macam mana) gaulkan dengan dua sudu besar tepung gandum and nak rasa rangup sikit boleh letak satu sudu besar tepung jagung  dan serbuk kari dan sebiji telur serta sedikit garam.

2. Lepas tuh, goreng sehingga warna keemasan dan garing. Baru sedap dimakan nanti.

Cara Masak Sos

1. Terlebih dahulu, panaskan kuali sambil tuh potong bawang besar kuning berbentuk dadu kecil dan hiriskan 3 biji bawang putih.

2. Masukkan 3 sudu butter kedalam kuali dan tumiskan bersama dengan bawang besar kuning dan bawang putih tadi serta daun kari sehingga naik bau. Tapi make sure, jangan tumis lama-lama sangat terlebih layu nanti dan api biar perlahan sahaja.

3. Masukkan susu cair dan kacau sehingga semua bersatu dengan bahagia didalam kuali itu.

4. Dan akhir sekali, masukkan ayam yang sudah digoreng tadi dan gaul hingga semuanya sebati bersama. Masak dalam lebih kurang 10 - 15 minit lepas tu terus hidang untuk dimakan! Yay!

Selamat berbuka puasa dan selamat menjamu selera! <3 p="">
food

27 comments:

  1. fav menu ni tapi malas nak buat :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. aippp jangan malas malas :p Nanti perut berdondang sayang teringat Butter Chicken hehe

      Delete
  2. sedap ni.. makan dengan nasi panas2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ngam sangat makan panas2 ni. Nikmat sungguh :D

      Delete
  3. Rasa lama Nadia tak blogwalking.

    Ala ala suka butter chicken , sedapppp~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nadia!!! Helloooo *lambai laju laju* :D
      Sedappp sangat. Nadia masaklah hihihi

      Delete
  4. Mak aii, sedapnya, nasib baik iman akak masih kuat lagi.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan goyah kak hehe Kak shikin masaklah Butter Chicken kat rumah, fuhh nikmat tau hihi

      Delete
  5. Alahai.. salah timing pula tertengok nie.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi maaf kak sha hehe
      selamat berpuasa :D

      Delete
  6. Sedaaapppp! :D

    Btw, do visit me back! ;)

    http://koxtau.blogspot.my/2018/05/kurung-cotton-meletop.html

    ReplyDelete
  7. tadi balik kelas dalam lunch hour macam tu, tetiba terbau orang masak butter chicken....pergh apak menggoda giler....sib baik den raya sekarang! hahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha tuh dah menandakan Sofie kena masak butter chicken ni hehehe

      Delete
  8. Tak pernah jadi kalau masak ayam butter ni. Nak kena cuba lagi agaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pe boleh cuba lagi sampai menjadi hehe :D

      Delete
  9. Menduga betul. Hahaha.
    Memandangkan ayam dah habis kat rumah, kakak masak udang butter la nanti. NANTI tu tak tau lagi bila la kan. :P
    Thanks fatina for sharing the recipe. Sebelum ni tengok Mr Grey je yang suka makan butter prawn. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe jangan nanti nanti kak, nanti kang mengidam pulak :p
      Your welcome, kak! Alaa, Fatina baru nak start tgk Mr. Grey ni hihi

      Delete
  10. sedapnya kalu pekena dgn nasi pns2

    ReplyDelete
  11. nak suruh wife masak menu ni ptg ni..

    ReplyDelete
  12. weiii sedapp nii ! adoiii. weekend depan la kita buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii kena masak Butter Chicken tu Mek!hihi :D

      Delete
  13. Sedapnya butter chicken hehehe

    ReplyDelete

@theinfinity_words