#FatinaBorak - Dah Cuti Ke Semua?

May 7, 2018
Ehem ehem, Assalamualaikum korang semua,

#fatinaborak


Nak tanya ni? Awak-awak semua dah mula cuti ke belum? Yela maklumlah minggu ni minggu Pilihanraya Umum (PRU) yang ke 14 ni yang makna kita semua diber pelepasan atau diberi cuti umum untuk kita semua pulang ke kampung halaman untuk melunaskan tanggungjawab kita. Pasti ada yang sudah memulakan perjalan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing kan? Fatina memang sudah pun mula bercuti. Fuh. Syok betul cuti. Kena lah kita semua manfaatkan cuti ini sebaik-baiknya. Bukan apa lah kan sebab bukan senang nak dapat cuti ni kan kan. hehe

Bila tengok bendera-bendera semua sudah berkibar dimerata-rata tempat ni, hati pun terasa semangat nak pergi mengundi, betul tak? Jangan lupa ye awak-awak semua, sebelum pergi mengundi sila semak dekat mana tempat mengundi, saluran apa semua. Jangan lupa tuh! Penting tuh ye!

Bagi yang pulang berkampung tu, hati-hati dijalan raya tau!

Bila cuti ni semangat nak berblogging memang tinggi tapi tu la Fatina ketandusan idea. Yang Fatina asyik buat jalan-jalan tengok blog lepas tu biasalah membaca buku, main game dan makan seterusnya makan. Nak keluar jalan-jalan tu malas sesangat, baik berehat dirumah.

Okaylah, Fatina pun tak tau nak berborak apa sebab tak ada idea kekeke Maaflah ye awak-awak semua. Apapun, selamat bercuti dan selamat mengundi ye. Berhati hati di jalan raya!

Fatina xx

9 comments:

Erni Hasmiza said...

Selamat bercuti dan selamat mengundi Fatina :-)

Mayy Jie said...

Selamat mengundi Fatina, tak sabar rasa. Hihi. Mai tak dapat cuti, tapi dapat shift malam so bolehlah pergi mengundi siang tu.

syasya said...

selamat mengundi kak fatina! sya cuti dua hari..harini dengan esok..sekolah jadi tempat mengundi heheheh

ayunie ramli said...

selamat mengundi fatin !! pilih untuk negara. hihi

FatinaMudz@ The Infinity Words said...

Selamat bercuti dan selamat mengundi, Erni! :D

FatinaMudz@ The Infinity Words said...

Fatina pun tak sabar nak mengundi Mayi!! hehe Selamat mengundi, pangkah elok2 tau :D

FatinaMudz@ The Infinity Words said...

2 hari cuti seronok tu, Sya hehe :D Selamat bercuti ye :)

FatinaMudz@ The Infinity Words said...

Selamat mengundi, Mek! Marilah kita bersama pilih yang terbaik untuk negara! :D

Shikin Razali said...

Selamat bercuti Fatin.. tahniah, awk dipilih untuk review dlm jurnal akak pd minggu nie.. jemput baca..

http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/05/sahabat-blogger-pilihan.html

@theinfinity_words