Tasneem Naturel Baby Balm Produk Sesuai Untuk Seisi Keluarga

November 20, 2017
produk review


Di musim hujan ini, memang sangat mudah untuk badan kita terkena jangkitan selsema dan batuk. Ianya sangat akan mengganggu konsentrasi kita dalam melakukan kerja-kerja, sangat kurang selesa sewaktu tidur, yelah, hidung kita tersumbat memang susah untuk kita bernafas melalui hidung selain bersin tak henti-henti. Tentu semuaorang mengalami perkara yang sama kan? Sebab Fatina sekarang ni pun memang tengah selsema, susah betul nak tidur dan susah nak bernafas melalui hidung.

Selain daripada makan ubat, memang Fatina ada letak minyak dekat hidung dan juga di dada tetapi masih juga susah untuk Fatina bernafas dengan mudah melalui hidung, selalunya akan ambil masa agak lama juga untuk pulih selsema ni. So, kebetulan minggu ni Fatina terima produk daripada Tasneem Naturel iaitu baby balm. Terus cuba produk mereka iaitu CoughFlu Time. Selsema Fatina mula berkurang dan hari ni (Khamis), alhamdulillah dah pun bebas daripada selsema. Seronok sangat sebab dah boleh bernafas dengan penuh riang melalui hidung! hihi

Jadi, Fatina nak share dengan anda semua produk daripada Tasneem Naturel ni. Ada 4 produk baby balm ini iaitu Coughflu Time, Calm Time, Sleep Time dan Tummy Time. Keempat-empat produk ini semuanya adalah berasakan bahan semulajadi dan 100% menggunakan pati minyak (Essential Oil) yang asli.

produk review


Sebelum Fatina proceed apa kegunaan 4 baby balm ni, Fatina nak cerita sedikit dengan korang. Pati minyak (Essential Oil) ni.

Apa itu pati minyak (Essential Oil)?


Pati minyak ini ialah pati tumbuh-tumbuhan yang diambil daripada bunga, daun, buah atau kulit pokok. Minyak yang terkumpul dalam tisu tumbuhan ini merupakan kelenjar tumbuhan. Haa menarikkan? fatina pon baru tahu tau.

Bukan itu sahaja, minyak pati (essential oil) ini yang beraroma yang menyenangkan kita semua ini diekstrak melalui kaedah penyulingan, enfleurage atau teknik maceration. Contohnya, minyak pati oren diambil dari kulit buah oren.

Sekarang kita dah tau apa itu pati minyak (Essential Oil), tapi bagaimana pula Essential Oil ini berfungsi?

Perkara menarik tentang Essential Oil ini ialah ianya terdiri daripada molekul-molekul kecil yang akan merasap ke dalam badan kita seperti kulit, paru-paru dan merangsang sistem limbik adalah pusat yang mengawal emosi, perilaku, perasaan, keseimbangan hormon dan memori kita semua.

Molekul daripada Essential Oil ini akan melalui peredaran darah, limfa serta cecair tisu dan seterusnya keseluruh tubuh badan untuk memberi kesan yang baik dalam menyembuhkannya.

Fatina pon baru tahu tentang Essential Oil dan apa fungsinya. Selalu dengar tentang Essential Oil tapi tak tau tentang itu kan tapi bak kata orang, better late than never. 

Anyway, jom Fatina kongsi dengan korang semua keempat-empat baby balm daripada Tasneem Naturel ini dan apa kegunaannya pada kita dan cara-caranya.

Coughflu Time

tasneem naturel


Ramuan yang digunakan untuk Coughflu time adalah lemon, sweet orange, eucalyptus, cypress dan tea tree

  • membantu dalam mengurangkan selsema dan kahak serta menurunkan suhu demam. 
  • ianya juga membantu dalam melegakan mereka yang ada asthma. 
  • Mudah sahaja caranya. Hanya perlu sapu pada hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki dan dada.

Calm Time

tasneem naturel


Untuk balm yang ini adalah untuk relax kan keseluruhan badan kita.

  • Pati minyak Frankinscience sangat terkenal dalam melegakan stress dan emosi. 
  • Calm Time ni ianya membantu dalam menajamkan penumpuan kita 
  • Membuatkan mood kita rasa lebih baik dan juga bantu dalam menenangkan anak-anak. 
  • Caranya juga sama iaitu sapu balm di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan.

Sleep Time

tasneem naturel


Untuk sleep time ni pulak membantu kita untuk tidur yang lebih selesa dan lena. 

  • Lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil yang mudah terganggu sewaktu tidur mereka dan juga mereka yang berumur. 
  • Sleep Time ini juga membantu dalam meningkat mood kita untuk rasa ceria dan membaiki kualiti tidur.
  • Cara penggunaannya juga sama seperti yang lain, perlu sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan.

Tummy Time

tasneem naturel


Pati minyak Fennel yang digunakan dalam Tummy Time ini sangat membantu dalam membuang angin dalam perut 

  • Melegakan rasa sebu dalam perut sekaligus mengurangkan kesakitan gastrik dan ketidakselesaan di perut seperti senak dan loya. 
  • Cara penggunaannya, hanya perlu sapu di perut dan tapak kaki.

Haa itulah 4 baby balm dari Tasneem Naturel yang mempunyai pelbagai kegunaan dan membantu dalam kehidupan seharian kita. Dan yang paling penting sekali, keempat-empat baby balm ini boleh digunakan oleh semua peringkat umur dari bayi hingga ke golongan dewasa.

Verdict

Bukan Fatina sorang je dalam rumah ni guna tau even Mama dan Babah Fatina pun gunakan produk ni dan mereka berdua sangat berpuas hati bila Mama dan Babah Fatina tidur lebih lena daripada sebelum ni. Selalunya Mama mengadu 2 atau 3 pagi mesti terjaga dari tidur dan susah nak tidur semula tapi sekarang alhamdulillah, Mama rasa selesa tidur kurang terjaga dan badan lebih selesa diwaktu pagi bila menggunakan Sleep Time.

Even rasa sengal sengal kat badan kurang bila kami sekeluarga sapu Calm Time. Serious Fatina cakap, baby balm yang kami gunakan ni, tidak berminyak bila kita sapu selain itu, tak rasa panas langsung. Selesa je bila sapu dibadan dan didada (Coughflu Time) dengan baunya yang sangat menyenangkan. Wangi sangat.

Macam digambar yang Fatina share ni. Packaging produk ni sangatlah cantik dan comel. Geram tengok! Cute sangat dan kecil mudah dibawa kemana-mana sahaja tau. Fatina pun bawa Coughflu Time ni ke tempat kerja sebab office sejuk sangat bila sapu ni rasa selesa sangat.

produk review


Anda semua dah pun baca keseluruhan post Fatina, terasa nak cuba tak produk baby balm daripada Tasneem Naturel ni? Kalau nak, boleh order dengan mereka;

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, Jalan Putra Kajang,
Taman Putra Kajang, 
43000 Kajang, Selangor.
Hotline: 011-20964665 (order)
Daftar Agen/Stokis: 010-8453469

Instagram: Tasneem Natural (Official HQ)
Facebook: Tasneem Naturel HQ
www.tasneemnaturel.com

2 comments:

  1. too cute kan balm ni.. i hev two only yang pewot tu and flu. dahlaaaa wangi =D

    ReplyDelete
  2. Memang best balm ni . Bukan baby sahaja boleh guna dewasa pun boleh . Bak kata seisi keluargalah boleh guna

    ReplyDelete

@theinfinity_words