OctoCreppy #2 - Jangan Mengutip Barang Sesuka Hati

October 19, 2017
Hi korang,

seram oktober


Sambungan cerita pada haritu, kami hanya duduk di Rawang selama setahun setengah sahaja. Dari Mei 2002 hingga Januari 2004 dan kemudian terus berpindah ke Shah Alam dan kalau nak tau, sampai sekarang kami tak pernah jenguk rumah tu walau sekali pun kecuali babah kami sahaja yang pergi ke sana, 4 tahun leppas beliau kesana dan itu sekali sahaja. Rumah tu masih ada, masih lagi berbincang sama ada nak dijual ataupun tidak. Banyak lagi barang kami ada disana. Teringin hati ni nak jenguk sebenarnya. Mungkin satu hari nanti.

Kali ni, kita nak cerita dengan korang apa yang terjadi sewaktu kita pindah ke Shah Alam. Selepas berpindah ke salah satu rumah kami duduki di Seksyen 7. Alhamdulillah, tak ada apa yang berlaku. Sehinggalah kami berpindah ke kondominium. Haa, episod kali ni, Fatin nak cerita apa yang berlaku di tingkat 9 rumah kami dahulu.

Tak silap waktu tu, umur Fatin 15 tahun, so adik paling bongsu umur 5 tahun. Cerita ni memang ada kena mengena juga dengan adik yang bongsu yang sama berlaku waktu dia baby dulu. So, ada satu petang, babah bawak adik-adik Fatin bermain di taman permainan, jumpa lah bola. Dia merengek nak bola tu, so bawaklah balik rumah.

Ingat! ramai dah pesan, jangan kutip barang sesuka hati. Betul tak? Sebab kita tak tau, apa yang akan hinggap.

seram oktober
Nak cakap bola tu cantik, baru. Tak langsung! Memang bola sepak yang dah buruk, kulitnya dah koyak dan kitaorang tak faham, kenapa dia nak sangat bola tu!! Walaupun babah dah cakap, nanti babah beli yang baru tapi dia degil nak juga. Nak tak nak, bagi jela kan. Ingatkan biasa jela. Rupa-rupanya, ada sesuatu yang lain yang menyebabkan adik Fatin nak sangat bola tuh! Sesuatu yang adik Fatin je nampak sebab dia budak kecil kan. Pada kita itu, hanyalah bola. Pada adik Fatin? So, apa jadi?

Bila dah bawak bola tu balik, memang asyik main je la dengan bola tu. TETAPI! Setiap kali maghrib, setiap kali tau. Adik bongsu Fatin akan menangis teruk-teruk sangat, menjerit-jerit. Tak pernah dia macam tu. Sebab sebelum tuh, dia okay, tergelak-gelak, tengok cerita kartun semua dan boom! dia menangis tiba-tiba. Pelik memang pelik. Dah pujuk macam-macam pun tapi tetap juga macam tu tapi habis sahaja azan, terus adik Fatin diam dan main macam biasa. Macam tak ada apa yang berlaku. Lama tak lama juga benda tu berlaku.

So, Babah cari ikhtiar tanya Ustaz kenapa adik Fatin macam tu. Ustaz tu tanya, ada ambil atau kutip apa-apa tak? Hampir nak cakap, tak! Tapi, Babah terus teringat bola yang adik kita ambil dari taman permainan tu. Ustaz tu kata, itu lah punca-punca kenapa adik kita jadi macam tu. Benda tu nak ajak dia main, ajak main dekat luar. Yes, memang adik kita nak main dekat luar tapi maghrib kan? Sebab tu, dia mengamuk.

Ustaz minta Babah pulangkan balik bola tu pada tempat asalnya sebab ada ada entiti budak kecil yang duduk dengan bola tersebut. Caranya, adik kita kena pass bola tu dekat babah dan babah kena bawak ke tempat tersebut dan letak disitu. Jadi kami lakukan apa yang Ustaz suruh. Alhamdulillah, selepas itu, adik kita pulih seperti sediakala.

Mungkin, korang tertanya, tak kan kita tak perasan perubahan wajah adik kita, perangai ke apa sewaktu bola tu ada dengan kitaorang. Jawapannya, tidak. Atau mungkin, kita tak perasan apa-apa yang lain pada adik kita sebab aktiviti dia sama. Pergi tadika, main balik rumah main. Sama je rutin dia. Sampailah, perkara tu berlaku tapi korang rasa berhenti sampai situ ke? Nope! Tak sampai situ sahaja. Kali ni, giliran kami yang kena ganggu.

Tapi, cerita panjang kat sini, nanti korang penat nak baca kan? Jadi, kita sambung episod yang lain, okay! Enjoy baca!

Btw, jangan lupa baca entri pertama disini

1) OctoCreepy #1

12 comments:

  1. Alaaaa suka tau seksa jiwa kita macam ni hahahahha. Kalau tanya adik awak ingat tak kejadian tu jadi kat diri dia? Biasa memori umur 5 tahun ni dah kuat untuk ingat apa yang jadi pada diri dia.

    ReplyDelete
  2. seram pulak. nasib baik ok dah adik tu kan.

    teringat pulak dulu masa kecik2 pun mak memang selalu pesan jangan kutip benda kat mana2 walaupun duit.

    ReplyDelete
  3. Eyqa penggemar Misteri Jam 12 (but I owez hear it on daylight, lols). DJ ni bertanya kepada expert pasal ada kuar kat news ttg sorang gadis ni yg extend rambut dia, bila dia da extend tu dia rasa bila dia panjang cermin wajah dia mcm wajah org lain, bukan cam wajah dia (okay seram). N prmpuan tu rasa rambut yg dia extend tu mungkin diambil dari org yg telah meninggal and DJ pun bertanya kepada yg expert ni, bolehkah benda ni berlaku.

    The expert say, boleh jadi, cause it the same situation as ambil benda yang kita nampak dipantai yang actually kita tak tahu sbnrnya milik 'makhluk', makhluk tu ingat kita panggil dia ka apa kan. bgtu..

    well, lesson learned! Jangan ambil benda yang tak tahu asal usulnya.

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tahu sambungannya !

    ReplyDelete
  5. awwwwww i love your bloggggg.
    ok what's next. *eyes closed

    ReplyDelete
  6. hehehhe itu yang kita mahukan :p

    dia ingat tapi tak ingat macam nak "benda" datang ajak main haha sabo jela

    ReplyDelete
  7. adik okay. alhamdulillah. :)

    itulah. sejak dari kejadian tu memang tak nak dah mengutip benda2 apa2 kan. takut terjadi balik. seram sangat T_T

    ReplyDelete
  8. OMG! itu sangat seram. sebab you buat extension kan. betul cakap orang tu, we just never know, whose hair is that and what happened to that person. T_T

    setuju! jangan ambil!

    ReplyDelete
  9. Heee ur wlcome ☺️

    ReplyDelete

@theinfinity_words