OctoCreepy #1 - Permulaan Entiti Menganggu

October 12, 2017
Hello,

entiti mula menganggu


Sudah lama tak menulis dalam bahasa melayu. So, I figure that in this post, I shall write in bahasa. Jadi bulan Oktober sering dikaitkan dengan "Ghost month". Ramai mereka diluar negara menyambut Halloween, di mana mereka akan memakai kostum dan akan melakukan aktiviti seperti "Trick O Treat". Kanak-kanak akan pergi rumah ke rumah membawa bakul dan memakai kostum, mereka akan menerima gula-gula dan sebagainya. Nak berkata lanjut tentang ni, saya agak kurang arif hanya melihat dalam televisyen, juga membaca tweet tweet dari rakan-rakan diluar negara. Maafkan saya, andainya ianya salah.

Sempena itu, saya ingin berkongsi dengan anda semua - cerita-cerita seram yang dialami oleh saya sendiri dan juga keluarga. Saya akan buat dalam beberapa episod dalam blog saya. Semoga anda akan 'terhibur' membaca pengalaman seram saya.

OctoCreepy #1 - Berlaku pada tahun 2002 sehingga 2004

Cerita saya berkongsi dengan anda berlaku sewaktu umur saya 11 - 13 tahun. Pada tahun 2002, kami sekeluarga berpindah ke kawasan rumah baru yang masih lagi dalam pembinaan sehingga kini di Rawang. Mungkin anda tahu dimana lokasinya. Apa yang akan saya kongsi adalah cerita benar yang kami alami. Terpulang pada anda untuk mempercayainya.

Lokasi rumah kami terletak betul-betul berhadapan dengan bukit yang boleh dikira berhutan juga. Ada sebatang sungai yang sangat kecil disitu kerana saya sendiri pergi melihat bersama dengan ayah saya. It's out of curiosity. Biasalah kan mesti nak ambil tahu apa yang ada disitu. Lebih lagi, berhadapan rumah sendiri. Deretan rumah teres kami hanyalah 6 buah tetapi lagi 3 rumah kosong. Mujur rumah kami diapit kiri dan kanan oleh jiran kami yang juga baru berpindah. Okay, rasanya sudah memberi sedikit gambaran lokasi rumah kami.

Kami adalah lima sekeluarga - Mama, Babah, saya dan dua adik kecil saya. Sewaktu enam bulan pertama tinggal disitu semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja tiada perkara menyeramkan yang berlaku. Tapi selepas daripada itu banyak perkara menyeramkan mula terjadi. Mungkin entiti entiti tersebut berasa bosan gamaknya lalu membuat operasi untuk menganggu kami sekeluarga. lol

Permulaanya adalah apabila adik bongsu saya ketika itu, berumur setahun setengah menangis setiap kali jam tepat menunjukkan pada jam 12 malam. Dan setiap kali itulah, Babah akan bawak adik bongsu saya turun bawah di ruang tamu rumah. Apabila sampai je diruang tamu, adik akan serta merta diam dan mula memandang ke arah dapur dan seperti ada sesuatu yang mengajaknya bermain. Mata dia tak berkelip memandang ataupun mungkin juga entiti tu berada berdekatan dengan adik saya. (Ruang tamu memang akan nampak terus ke ruang dapur). Mujur adik tidak ada apa-apa tapi babah kami yang berada disituasi tersebut memang terasa seram lah.

Tapi itu lah permulaannya. Gangguan kedua dan seterusnya yang kami alami yang sangat menakutkan. Ada satu ketika, malam selalunya, apabila kami semua berada dibilik atas dalam satu bilik akan kedengaran bunyi barang-barang didapur dibaling, tin susu dicampak, bunyi pinggan pecah memang tak payah cakaplah kan. Tapi hanya bunyian sahaja yang dimainkan barang semua berada dalam keadaan selamat. Begitu juga, apabila kami semua ditingkat bawah akan ada bunyi balingan barang ditingkat atas. Gangguan tersebut agak lama juga berlangsung.


pintu tandas
Ada satu gangguan yang paling segar dalam ingatan saya. Ingatkan bila tengahari ni tiada entiti nak ganggu ke apa lah kan tapi sangkaan saya salah sama sekali! Ada satu hari saya balik dari sekolah, saya hanya berseorangan dirumah kerana babah dan mama bekerja sementara adik-adik dihantar ke tadika/nursery. Ketika sibuk menyiapkan kerja sekolah, terasa seperti ada sesuatu yang memerhati dari arah dapur tapi saya buat endah tak endah je. Kononnya berani lah kan padahal televisyen terpasang dengan volume yang kuat. Takut punya pasal. Masa tengah khusyuk mewarna tu lah dengan tidak semena-menanya, pintu bilik air berdekatan dengan ruang tamu rumah terbuka seluas-luasnya. Tergamam sekejap!

Pintu bilik tersebut seperti gambar disebelah ini. Bayangkan lah, pintu toilet tu memang saya tutup rapat-rapat. Tapi tiba-tiba boleh pula terbuka macam tu kan. Macam tak logik pun ya tapi itu lah yang berlaku pada saya dan selepas beberapa minit baru melompat ambil kunci rumah dan berlari duduk depan rumah. Badan menggeletar jangan cerita lah. Memang demam lepas tu.


Nak tau seterusnya, saya akan sambung pada OctoCreepy #2, okay?




No comments:

Post a Comment

@instagram