Pentingnya Komunikasi Dalam Hubungan Percintaan

June 17, 2016

Hi



pentingnya komunikasi dalam hubungan cinta



Di dalam sesebuah hubungan, perkara paling asas yang perlu ada bagi membina hubungan yang sihat, gembira dan berkekalan adalah komunikasi. Tanpa komunikasi, hubungan anda akan terasa kosong, hambar dan menyebabkan anda terasa sunyi. Justeru, ramai yang keliru bagaimana untuk kekalkan komunikasi di dalam sesebuah perhubungan kerana mereka takut pasangan mereka akan terasa jengkel apabila kerap berkomunikasi dengan pasangannya. Terdapat beberapa tips komunikasi yang anda boleh praktikkan bagi anda dan pasangan.




1. Berkongsi Perkara Gembira dan Sedih


Setiap hari pasti ada perkara yang berlaku dalam hidup kita semua. Ada yang gembira, sedih, marah, kecewa dan macam-macam perasaan lain lagi yang muncul. Seharusnya, berkongsi dengan pasangan anda dapat mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan. Ini kerana mereka juga mahu mengetahui apa yang kita lakukan dan apa yang kita rasa setiap hari. Mereka juga mahu berkongsi kisah suka dan duka dengan anda. Pepatah ada juga mengatakan, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”



2.  Memberi Kata Semangat


Jangan pernah lupa memberi kata-kata perangsang pada pasangan anda. Setiap kata semangat yang diberi akan membuat mereka gembira apabila ada seseorang yang sangat disayangi memberi motivasi dan kata positif pada mereka untuk membuat yang terbaik di dalam setiap perkara yang dilakukan. Ianya akan memberi kesan yang sangat positif pada mereka. Walaupun dengan hanya berkata, “Awak pasti dapat lakukan yang terbaik pada hari ini!,” pasti membuatkan mereka berasa senang sekali.



3. Memberi Nasihat

pentingnya komunikasi dalam hubungan cinta


Apabila pasangan anda kelihatan berduka dan tiada semangat, maka, anda seharusnya bertindak untuk memberi nasihat yang munasabah untuk pasangan anda. Bukan dengan hanya berkata, “Bersabarlah,” akan tetapi beri nasihat yang berguna, dimana mereka boleh berfikir dan terserap di sanubari mereka.



4. Menjadi Pendengar Yang Baik


Ketika berbicara dengan pasangan anda pasti ada pelbagai perkara yang mahu dikongsikan bersama maka jadilah pendengar yang baik agar dapat memahami setiap perkara yang disampaikan. Ianya juga memudahkan untuk anda berbicara tentang pelbagai perkara dengan pasangan anda agar dapat dilihat setiap komunikasi itu ada kesinambungannya serta yang paling utama ialah anda dapat memberi respon yang positif terhadap mereka tentang apa yang dibicarakan.



5. Mudah Menerima Pendapat

Di dalam setiap hubungan pastinya pasangan anda mempunyai pendapat yang berbeza dengan anda. Benar tidak semua pendapatnya tepat dan benar akan tetapi untuk setiap perhubungan percintaan itu, anda seharusnya cuba menerima dengan sikap yang terbuka dengan setiap pendapat yang diutarakan oleh pasangan anda. Selepas bertukar pendapat, anda boleh berbincang serta menilai pendapat dengan lebih baik dengan pasangan anda tentang perkara itu dan boleh mendapatkan persetujuan yang mudah untuk anda dan juga pasangan.



6. Berbicara Dengan Lembut


pentingnya komunikasi dalam hubungan cinta


Apabila seseorang berkata dengan lembut serta mesra akan membuatkan anda terasa senang dan lebih merasai diri itu dihormati serta disayangi. Begitu juga dengan hubungan percintaan, berbicara dengan penuh kelembutan akan membuatkan pasangan anda gembira dan sangat disayang. Walaupun anda berada di dalam situasi yang tegang dengan pasangan anda, seeloknya berbicaralah dengan penuh rasa sayang nescaya anda dan pasangan akan dapat menyelesaikannya dengan baik.


Komunikasi adalah satu perkara yang utama di dalam hubungan percintaan. Intipati setiap komunikasi di dalam sesebuah hubungan percintaan akan mengeratkan lagi serta mengukuhkan lagi hubungan anda bersama. Setiap hubungan pasti ada pasang dan surutnya, justeru, komunikasi antara anda dan pasangan memberikan impak yang telus serta respon yang mudah di setiap perbicaraan anda dan pasangan. Usah risau jika anda mahu berkomunikasi dengan pasangan anda, kerana tanpa komunikasi sesebuah hubungan itu tidak akan ada serinya.


Anda mempunyai tips yang lebih menarik? Tinggalkan komen dibawah untuk perkongsian bersama.

8 comments

  1. haha tak tahu la nak bg tips mcm mna. Sendiri pun terumbang ambing. Paling penting ego tolong jgn tggi masing2 Kalau sorang dah api lagi sorang kena jadi air :)

    ReplyDelete
  2. hmm paling lemah dalam no 2 dan 3 huhu

    ReplyDelete
  3. hmm paling lemh dlm no 2 dan 3 huhu.
    nice sharing btw :)

    ReplyDelete
  4. komunikasi sangat penting. lagi satu, kena selalu ambil tahu hal pasangan. jangan sampai dia tengah sedih pun kita tak dapat detect. hee :)

    ReplyDelete
  5. semoga entri ni boleh memberi manfaat kepada lovely couple di luar sana :)

    ReplyDelete
  6. Nice entri fatina. Mmg betul komunikasi mmg penting. Kalau xda kumunikasi relay akan jadi hambar... Mendengar n berkongsi pun penting dlm komunikasi pasangan :-)

    ReplyDelete
  7. Sangat memberi manfaaat. Bertolak ansur tu penting.

    ReplyDelete

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by FCD.