Tips: Cara Penjagaan Memakai Braces

May 10, 2016
Hi!

cara penjagaan memakai braces


Wah, akhirnya dapat juga berblog hari ni, selepas busy buat macam-macam kerja tadi. Okay, sekarang ini kita nak share dengan korang semua tentang Cara Penjagaan bagi Pemakai Braces. Jangan risaus kita ni pun pemakai braces jugak. Jom, kita mulakan? :)


cara penjagaan memakai braces
Kita ni dari kecik gigi tak berapa nak cantik, senget benget tau hah. Lagi-lagi gigi sebelah atas, gara-gara kucing atuk kita berlari secara melulu-lulu kearah kita. Masa tu kita kecik dalam umur 4 tahun macam tu, yela budak-budak mana yang tak terkejut bila kucing berlari dan nak melompat kearah kita, bila jadi macam tu, kita pun lari laju-laju sampai tersungkur patah terus dua gigi depan kita. Hahaha Sejak tu fobia dengan kucing tapi sekarang dah tak fobia dah sebab kita pun bela kucing dah hehehe Okay berbalik pada cerita kita, panjang sangat mukadimahnya pulak. hehe. 

Cara-cara Penjagaan Memakai Braces.

  • Berus gigi! Make sure sentiasa berus gigi setiap hari 3 kali sehari pun okay jer. Macam kita ni bila makan daging ke ayam ke confirm mesti terselit-selit kat besi-besi braces, annoying campur segan tau kita, jadi lepas lunch kita akan berus gigi kita. Seeloknya pakai lah berus gigi khas untuk braces ni macam gambar kat bawah tu tapi berus gigi biasa pun boleh. Fatin pakai dua-dua.
cara penjagaan memakai braces

  • Mouthwash! Selepas berus gigi mestilah kena kumur-kumur supaya tak ada bakteria kat gigi lebih-lebih lagi bila pakai braces ni kan. Boleh pakai apa-apa jenis mouthwash. Listerine contohnya. As long as ada mouthwash tu lah. Yang macam kita punya ni, doktor klinik gigi kita yang provide kan khas untuk braces. Perisa strawberry pulak tuh. haha eh jangan telan tau. Kumur lah dalam 2-3 minit lepas tu jangan minum atau makan selama 30 minit selepas berkumur! 
cara penjagaan memakai braces

  • Floss gigi! Lepas makan tu, floss lah gigi dulu, buang yang terselit kat gigi tuh walaupun agak annoying juga nak floss sebabkan ada besi ni kan tapi buatlah demi gigi anda yang tersayang kikiki Floss ni ada kat mana-mana kedai pun. Watson, Guardian, Caring atau any pharmacy ada jual. Carry lah floss ni kemana-mana dalam beg, senang nanti nak guna.
cara penjagaan memakai braces

  • Wax. Usually doktor akan provide ni bila awak pakai braces. Wax ni, just in case kalau besi-besi kat gigi tu mencucuk dinding-dinding mulut awak. Gunakannya lah andai terasa mencucuk-cucuk tu. Nak tunjuk kita punya tapi kita punya dah habis guna dah hehe Jadi google images je lah eh
cara penjagaan memakai braces



Rasanya ini je lah tips penjagaan memakai braces. Sebelum itu, terima lah gambar Fatin yang annoying memakai braces bewarna hijau. Ye hijau. Entah kenapa nak hijau! Pelik betul! Cepatlah next appointment, nak warna lain!! Huwaa Maafkan diriku yang tidak reti memakai make up. hihi

cara penjagaan memakai braces


Hopefully bermanfaat untuk semua. Selamat Malam :)

Love, 
FatinaMdzfr

15 comments:

  1. cantik nya awak :') btw , kita pun dulu pakai braces. but got probs actually now since, gigi kita besar besar and crowded. and dulu buat masa form 3, pakai yang demon tu . takyah patah gigi and...... now. dah gerak balik .. cuma tak seteruk mcm before pakai braces. now I am waiting for the money to come from the sky and nak pakai balik. maybe masa kerja nanti dpt gaji pakai balik kot. i miss braces :') menyesal bukak. hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. segannya kita awak puji..terima kasih :) awak pun cantik okay! :D fatin pun pakai dah agak lama sebenarnya, sb kan gigi fatin mula gerak, skrg bergetah-getah pulak giginya..tak pe nanti money falling for sky buat balik tauu hehe :D

      Delete
  2. Sakit tak pakai braces? teringin juga nak pakai tapi tak kesampaian hihi. and you're so pretty and looks different from your profile picture ehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa first time pakai sakit jugalah. It takes a week untuk makan daging ke ayam, so annoyed that time hahaha awww, thank you claudy, profile pic rambut pendek, ni baru panjang hehe :*

      Delete
    2. okay, that's scary xD berapa lama pakai? ahhhh no wonder nampak lain :D

      Delete
    3. beautiful is pain, you know hahah :p almost 2 years, I think..hiks :D

      Delete
    4. That's what my mom always say to me xD oh lama jugak hehe.

      Delete
  3. dok terfikir2 juga nak pakai braces tapi alahai mmg kena perlukan extra care

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat kena extra care tapi seronok pakai braces ni, rindu nanti bila buka hehe :D

      Delete
  4. Salam perkenalan dear.. =)
    bagi sis, org yg pakai braces ni nampak kemas tersusun je bila senyum. Heheehe suka tgk. Btw, da berapa lama dear pakai.? kawan sis bru bukak braces.. skrg tgh pakai retainer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan dear :)
      fatin pun tak ingat nak dekat 2 tahun juga lah, kena ikat balik sebab gigi start to move again..sedih kalau tak dpt dah retainer hehe :)

      Delete
  5. Farrah pun pakai braces juga! Tapi mouthwash tu takpernah jumpa punnn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yay! kita geng gigi besi hehe :D
      mouthwash tuh klinik gigi fatin yg provide, tak sure if pharmacy ada tak...pakai yg biasa pun okay je :D

      Delete
  6. alaaa. macam best jee ,, nak gak pakaii >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa pakai lah boleh jadi geng gigi besi hehe :D

      Delete

@instagram