Kos Retail Management? Apa tu?

May 2, 2016

Hi,


kos retail management


Ada tak yang confuse masa nak pilih course apa waktu Degree? Lagi-lagi untuk pelajar yang mahu mengambil course Business. Antara major course Business adalah:-
  • Business Economic
  • Finance
  • Insurance
  • Islamic Banking
  • International Business
  • Entrepreneurship
  • Operation Management
  • Human Resource
  • Marketing
  • Retail Management
Ada lagi tak course yang Fatin tertinggal eh? Kalau ada, bagilah tahu. So, sewaktu korang tengah khusyuk nak pilih course tuh, mesti korang ternampak course Retail Management, kan? Hah, harini Fatin nak kongsi dengan korang pasal course tuh. Sebab macam ramai yang kurang tahu course apa tuh kan? Betul tak? Jadi, jom Fatin ceritakan serba sedikit tentang kos ni eh :)



kos retail management

Okay apa itu Retail? Bidang Peruncitan? Buka kedai runcit ke? Masa, Fatin memula masuk kos ni dulu ramai sangat orang cakap, "eeii, kos apa kau masuk tuh? Peruncitan? Kau keluar buka kedai runcit ke?" Typical annoying people yang akan cakap macam tuh. Marah memang marah. Tapi buat apa nak lawan dorang cakap sebab bagi Fatin, biar lantak kau lah nak kata apa. Yang penting aku nak belajar, aku nak cari ilmu, betul tak?

Okay balik pada, apa itu Retail. Retail Management ni adalah dimana kita akan manage the whole retails process from raw materials to the final product which will be selling to the consumers. Yang mana, Retail ni adalah satu skop pekerjaan yang sangat meluas untuk kita. Antara pekerjaan yang di offer untuk kita adalah Merchandisers, Procurement Executive, Store Executives dan banyak lagi lah.
Menarik, kan?

Dari segi, subjects yang di pelajar perlu ambil adalah:-
  • Retail Concept
  • Understanding Shoppers
  • Retail Entrepreneurship
  • Visual Merchandising
Hah, ni lah antara subjek yang korang akan ambil. Kita tak letak semua subjek tau, kalau bagitahu semua tak syok lah kan, tak surprise lah nanti hehe By the way, yang ni kalau korang masuk UiTM lah. Kalau universiti lain kita tak sure hee :)

Bila korang masuk kos ni, ada macam-macam perkara yang menarik yang korang akan buat. Contohnya, untuk subjek Retail Entrepreneurship kan, korang akan diagihkan dalam 1 group untuk membuat aktiviti menjual sepanjang 1 semester tuh lah, seminggu sekali sahaja dari pagi sampai petang. Usually, kena buka gerai makanan. Macam Fatin dulu, kita orang jual nasi kerabu, popia basah, rojak. Ikut koranglah nak jual apa. :) Tapi memang seronok. Sangat seronok dapat pengalaman macam tuh.

So, sekarang korang dah boleh nampak tak tentang kos ni? Agak-agak ada terpikat tak nak ambil kos ni? Fatin harap post ni bermanfaat untuk korang semua tau! Apa-apa boleh je tanya Fatin. Jangan malu-malu, jangan segan nak bertanya tau! Selamat belajar!


Love,
FatinaMdzfr





Post a Comment

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by FCD.