Asrama by Muhammad Fatrim | Book Review

May 26, 2016
Hi

asrama


Hari ni kita nak kongsi dengan korang satu lagi novel seram dari Fixi. Nak tau tentang apa? Jom, Fatin ulaskan sendikit :D




asrama

Tajuk : Asrama
Penulis : Muhammad Fatrim
Penerbit : Buku Fixi
Bil. Muka Surat : 287
Genre : Horror

Source: Owned by me



Sinopsis 



"Dahlia, hati-hati dengan Asrama ni." Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

"Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la. "Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

"Tak, maksud aku..."

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. "Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!" Dahlia bersuara dengan geram.





My Review


Sebelum Fatin beli ni, Fatin baca tengok kat Goodreads dulu kan, best ke tidak, tengok ramai yang bagi rating bagus, makanya Fatin decide untuk beli. Novel yang ni pun tak kurang hebat seram dia. Bila beli nak habiskan ni pun ambil masa 3 hari juga pasal takut nak baca malam-malam. Karang tak boleh nak tidur satu hal pula nanti. hahaha 

Buku ni tentang Dahlia yang bersekolah di sekolah yang cemerlang, akan tetapi dia request untuk bersekolah di sekolah asrama yang biasa-biasa sahaja. Hari pertama, Dahlia ni masuk ke asrama sekolah tuh, dia dikejutkan dengan bangkai anak kucing yang berulat di dalam loker biliknya. Apabila hampir malam, baru kelihatan, rakan-rakan sebiliknya iaitu Lena, Farah dan May. Selepas itu, banyak lagi kejadian-kejadian pelik mula berlaku pada Dahlia. 

Eh lepas tu, apa jadi? Agaknya apa jadi pada Dahlia? Nak tahu kisah selanjutnya, kenalah beli novel fixi ni! Fatin tak nak lah bagi spoiler banyak -banyak, tak syoklah korang baca nanti kan! Haaaaa, gituuu kau. Cerita banyak plot twist dia, makanya, novel Asrama ni tidak akan menghampakan anda langsung. Siapa duduk Asrama pasti ada cerita-cerita seram macam ni kan? Fatin dulu pun ada. Tapi tak naklah cerita nanti korang takut pulak. 


Rating : 


Tadaaaa..nanti Fatin buat review lagi, okay? Tunggguuuuuu. :*




Love,
FatinaMdzfr

21 comments:

  1. Replies
    1. best claudy! nanti balik Malaysia, beli :D hihi

      Delete
    2. terpaksa lah tunggu berbulan2 xD

      Delete
  2. ala....baru eksited nak tahu apa jadi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sofie kena beli lah gini hihi :D

      Delete
  3. Dah baca buku niiih . menakutkan .. Tp best !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan scary tapi best sangat! :D

      Delete
  4. BV dah baca. dah pernah buat review jugak ngan spoiler. hahahhaha
    memang taksangka jugak ending dia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita dia banyak plot twist kan tapi puas hati baca sebab seronok campur seram siap hehe

      Delete
  5. Macam best je cita ni... Ni sesuai kalo baca malam2 kat asrama.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best...sesuai sangat tapi takut tak boleh tidur pulak nati hehe

      Delete
  6. Replies
    1. bacalah, boleh release tension sikit :)

      Delete
  7. Sy peminat fixi, dh lama tak beli koleksi fixi..kwn2 Dahlia sbnarnya dah...ok rahsia :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita...kita suka fixi tapi lama sangat tak beli..kena beli lagi lepas ni :)

      hihi rahsia rahsia :p

      Delete
  8. Okay nnt dicuba baca. hehehe. May I recommend Jangan Baca Buku Ini the trilogy? Ke da baca. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baca tau nanti :) Jangan baca buku ini? Heard that before...best tak? belum baca lagi :)

      Delete
  9. Cuba baca buku Arif Adly pulak, dia hebat!

    ReplyDelete
  10. What do you think of how the writer's writing style? I'm always curious about that.

    ReplyDelete

@instagram