Dunia Univeristi dan sedikit info tentangnya

November 13, 2013

Assalamualaikum dan hai semua,

Hari ni kita nak celoteh sikit pasal kehidupan kita di UiTM selama 4 tahun setengah. Kenapa 4 tahun setengah je? Sebenarnya begini, diploma kita buat setahun setengah je UiTM Lendu amik kos Diploma in Business Studies. Seronok sangat dapat kos ni dan dapat kat UiTM Lendu, Melaka. Banyak sangat pengalaman dan kenal ramai kawan-kawan dari serata Malaysia dan pengalaman tinggal kat kolej. Serious seronok. Lepastuh waktu semester 3, UiTM ada bukak offer untuk sesapa yang nak buat fast track, kira terus lompat ke degree tak perlu habiskan diploma lah. So, lepas bincang dengan parents, amik keputusan untuk amik buat permohonan tuh dan waktu permohonan tuh yang ada kat UiTM Shah Alam hanya kos BBA(hons) Retail Management, so nak tak nak amik jela. Sebab-sebab amik fast track?



  1. Dekat dengan rumah hehe
  2. Sebab tak nak duduk rumah sewa kalau kat Lendu
  3. Nak habis belajar awal
Haa tuhlah sebab-sebabnya haha Untuk pengetahuan korang, kita sendiri waktu tuh blur sangat pasal Retail Management dan tak berminat langsung sebab ikutkan minat lagi International Business tapi tuhlah yang tuh semua dia offer kat Segamat dan Melaka je. Sedih sangat. Dan Alhamdulillah bila kuar result, saya berjaya dapat buat Fast Track. Gembira sangat. Yela nak habis belajar awal kononnya tapi memang habis awal, umur 22 dah grad degree kan. InsyaAllah bulan 12 ni habis lah kita punya degree tinggal nak konvo tahun depan. =)

Tapi setelah 3 tahun belajar Retail Management ni sebenarnya sangat seronok. Selama ni kita tak tahu kan selok belok macam mana nak handle kedai, supplier, customer dan macam-macam lagi. Seronok tauuu sebenarnya, memula je tak suka hehehe =) 

Retail ni skop dia sangat besar tau haa jangan pandang enteng dengan kos ni. Kalau nak cakap pasal gaji ni memang tinggi tapi kerja dia memang sangat sangat sibuk macam bila raya kita kena kerja jugak. Haa gitulahh kata lecturer saya yang ada pengalaman kerja dalam industri retail ni more than 10 years. 


Okay nati Fatin cerita lagi pasal Retail Management. Mungkin ianya akan berguna pada mereka yang nak melangkah masuk ke dunia Universiti dan masih tercari-cari lagi kos apa yang bersesuaian dengan minat korang kan? hehehe So tunggu dalam next post eh? hehe



*sambung bekerja kembali* Semangat datanglah pada diriku ini hehe



Love,

FatinaMdzfr

Post a Comment

Latest Instagrams

© The Infinity Words. Design by FCD.